korang tentu tau ape benda ni...tp aku jakun lg..sejak doktor sahkan aku mengidap ni...sedih...tentu ad...tp nak buat macam mana...redha...yaallah...inikah ujian yang perlu aku tempuhi...jika takda aral melintang aku akan menjalani pembedahan pada akhir bulan 12 atau awal bulan januari...itu pun bergantung pada tahap kesihatan aku...bersediakah aku...
Endometriosis
PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit
endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai
yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin
ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh
penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium
telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran
darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan
endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar
darah kotor atau darah haid.
Chocolate cyst Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana endometrium terjadi
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),
tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di
tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan
anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar
biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana
tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa,
tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba
menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada
kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui
saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya
luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis
sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.
Ada
juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain
melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya
kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa
endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering
tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan
mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada
juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah
lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya
kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah
apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia
mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada
rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku
lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.
Simtom-simtom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak
remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas
kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan
anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit
endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum
datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada
bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya rasa
sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan
di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini
mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti
kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit
ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan
kerosakkan pada dinding dan otot rahim.
Kesakitan
juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya
menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu
membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh
perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus
besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.
Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit
endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah
terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada
buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak
dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi
di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun
tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali
Endometriosis
juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga
bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak
mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan
dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh
membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang
mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Tanda-tanda
atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah
berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di
bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada
waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang
berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
Mendiagnos penyakit endometriosis.
Daripada
tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap
berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa
pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit
yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani
pemeriksaan ultra-saun melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor
dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis
Oleh
kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah
ketidaksuburan telahpun berulangkali gugur disertai oleh senggugut,
mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan
rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana
keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama
sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.
Pembedahan untuk membuang endometriosis
Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu chocolate cyst ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted)
pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan
pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada
bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci
untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan endometriosis.
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya
akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan
keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan
pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan
diperbetulkan sekali.
Selain
daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga
dilakukan untuk merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak
ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lain-lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan
dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini.
Dalam
beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan
secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex.
Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan
sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid.
Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti
tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga
merupakan satu kesan sampingan juga.
Saya
sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat
pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah
kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan
pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan
lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim
kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap
dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit
endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit
endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya
dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus.
Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau
mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu
hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak
kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan ia berulang
adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi
amalan mengawal pemakanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang
menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu
atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya.
Latih diri untuk tenang fikiran dan jauhi gangguan emosi. Gunakan
kaedahkaedah untuk menangkis stress dengan berfikiran positif.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan
untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang terakhir bagi
mereka yang mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan
semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin
tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di
samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap
bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja seharian. Ia
mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang
mengganggu kehidupan seharian serta menyebabkan masalah hubungan suami
isteri dan juga mengganggu wanita untuk membuat amal ibadah
.
Jika
ini berlaku, tiada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar
iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya
kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umur 40 lebih tetapi
dalam keadaan di mana penyakit itu sangat teruk.Kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun apabila tiada harapan lagi untuk wanita itu hamil.
Rumusan
Penyakit
endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara
yang tidak diketahui tetapi menimbulkan berbagai-bagai masalah pada
wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim
dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang
beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada
kaitan orang halus mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu
agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan
alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah
perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional boleh digunakan selagi
cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik. Mungkin juga
terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin
masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit
endometrosis dan memulihkan keadaan kembali subur seperti biasa.
maklumat ni aku cr kat google...ni tuk pengetahuan aku...korang pun kena ar tahu....hu3...
MEGAPA AKU...MEGAPA....MEGAPA...
p/s aku tak bersedia lagi..nak buat perbedahan ini...takut...macam2 perasaan yang timbul lam kepala otak aku ni...aku tak leh terima...tak boleh sesangat...
scan terakhir aku...7cm x 8.29 cm...
yaallah adakah ini hukuman tuk aku..aku terima dengan redha...
kerna apa yang berlaku itu tentu ad hikmahnya...
yaallah tabahkan aku menempuhi rintangan dan dugaan ini...