"maSak Owh Masak"

Dah janji nak postkan pic berbuka...so korang layan ar...menu merapu dari teman ni...
tak jaga makan lansung...makan aje....belasah selagi ado...

Pose 6 ke...pose ramadhan ke...tetap same perangai...idak berubah...still ngan tabiat yg sama...masak owh masak...hoby kan...hahahha...tp masak melampau...hehehhe...kalau org tahu perangai teman...tahu ar...megapa dan kenapa...hahahhahah..takpe abaikan...tak dpt ape pun kalau korang amik tahu...hehehehhe...bkn content pun..kih..kih...

Meh kite layan...sepanjang aku pose ganti ngan pose 6 ek...
Kalu terasa nak mkn tu paham3 aje ar...pandai2 la ek...hehehhehe...cam biasa...kih..kih...

 "Hari Pertama"
*Nasi Putih..
*Telur Rebus Masak Kicap..
*Terung Rebus...cecah air lada...

"Hari Kedua.."
Order piza aje...coz penat..tak larat..huhuhu...
*Piza Hawaii Supereme
*Bebola Daging wt Cabonara Sos...
*Spegetti...

"Hari Ketiga"
Berbuka kat Kuantan Black Canyon...
i suke...tempat santap makan tomyam...huhuhu...

 "Hari Keempat"
*Lemang...
*Ketupat...
*Rendang Ayam...
Orang kat umah nak makan...so buat ar...leh buat berbuka sekali...huhuhu...

  "Hari Kelima..
*Char Keow Teow...buat hokey...
 "Hari Keenam"
*Nasi Putih...
*Kankung Goreng...
*Ikan Selar Goreng...
*Udang Berempah...
*Sup Ikan Tok wan...nanti teman bg resepi...ni resepi arwah tok wan sy...sedap...hehehhe...

 "Hari Ketujuh"
*Kueh Teow Sup aje...buat sendiri hokey...

 "Hari Kelapan"
* KFC....
hehhehehhe...

 "Hari Kesembilan"
*Char Kueh Teow balik...Kerang lebih...udang besar......sedap...hehehehe...

So korang ada terasa kat memana idak...heheheh...
Jangan biarkan air liur anda meleleh....hahahhaha...

~Tension tul keje skang...banyak tul problem...tension...tension...tension...~

"pOse laGi"

Alhamdullilah...selamat sudah kite beraya...tp mood raye ad lagi ke...korang cam aner.....
beraye lg ke...teman dan ado aje..raya ke-3 dah keje...ini tahun tak sempat nak amik cuti...
huhhuhuhu...sodeh tulll...ape kan daya...koje2 aje laa...rakyat didahulukan pecapaian diutamakan...hahahhaha...

Raya dah selesaikan...so tak yah ar ckp sal raye lg kan...duit raya bkn nye dpt pun.....sob..sob...so buat pe ckp sal raya...hehehehhehe
Takpe tahun depan collet balik...hahahha...

Moh kite cite sal puasa 6...korang cam aner...buat idak...teman sebenarnye...liat nak buat...tp disebabkan keje...nak cari makan pun payah...so decided ar pose ngan akak kat opis...alhamdullilah...settel 9 hari...6 hari pose 6...3 pose ganti...hehehhehe...suke sangat...past ni..tak yah nak gaduh2 ganti pose dah...
coz selesai sudah...


"Kelebihan puasa 6 dibulan syawal..."

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal). Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2. Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
Niat Puasa Sunat Enam
sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt

Rujukan dr cik google...mekasih....

~Tak sempat nak pose juadah berbuka...nanti i post kan ek...hehehhe~

"dUA hAti~voL 1"

Entry lama..tp br berkesempatan nak publish....lama dah asyik duk lam draf aje...duk edit memanjang...punye ar busy kan...hahahhaha...cousin cikma ni kahwin bln 6 lg...cuba korang duk kira congak semua...dah lama mana...hahahahha..kejam kan cikma...br ad mood nak publish...hahhahaha....
ahhhh...ad cikma kisah...cikma ok aje...hehehehehe...
Entry ni panjang...so cikma buat ar part2 hokey...
korang jgn lerr muntoh daroh lak...tgk panjang sangat..kih...kih...


Sebenarnya dihari pernikahan ni...cikma terlambat sikit...coz kena g pasar beli ikan...huhuhu..
ngan pakai jubah hitam bagai...kena g beli ikan kat pasar tani..
omg...diva kena g beli ikan...hahahhaha...
org pandang pun semacam aje...hahahahahhaa...
sabor aje ar...huhuhu...takpe i ikhlas membantu hokey......

Moh layan pic...menceritakan segalanyanya...
tak snap berbanyak pun...sampai org dah siap...hhuhuhuh...menci..menci..menci...
tak tunggu i pun...huhuhuhu...

Serah Mas Kahwin sama hantaran...sumpah i tak tau berapa hokey...
pengantin tak ckp pun berapa....
kedekut...tak cakap....hahhahaa...

Set persalinan...dpt gelang...hebat ko ieda...org dpt cincin ko dpt gelang...
i nanti nak request...gelang...cincin..subang...gelang kaki...
boleh ke...hehhehehe...

Selesai sudah...bg singnutere..kat tok iman...yg mengesahkan mamat ni dah jadi suami my cousin...
hehehhehe..

Batal air sembahyang...wow...best punye shoot......
bile time i...huhuhu...
nak...jugak...nak jugak...
(gedik tahap dewa ko akmal..)

Amboi...senyum bkn main...dah sah kan...ape pun happy...
huhuhuhu...

it...me...me...me...wt asdah...org kacau dua org ni...hahahhaha

Bersama keluarga sebelah perempuan....
my makcik...ngan sepupu...kupu2...hahahah...

Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki.....
i tak kenal pun hokey...
jgn tanya sape....hahahhah..

Puas duk zoom..tetap tak nampak berapa jumlah hantaran...
nape tulis cenonet sangat...lain kali tulis ar bebesar...hehehe...
harap maklum....

Amik berkat sikit...selagi ada peluang...
teman tak sempat nak amik...
takda berkat ar...hhuhuhu...mana aci...
nak jugak...nak jugak...

Selesai sudah part 1..nanti ad masa i post kan entry kenduri lak...korang jgn jemu hokey...layan aje...jgn naik hantu menunggu sudah...banyak entry hokey...so sabar...kih...kih...kih...

 ~Tak best g keje...nak duk umah aje rasa...heheheh..kalau keje swasta lama dah i resign...huhuhu~

"mAaF"


Boleh ke saya maaf kan org....
Kalau u all...cam aner leh ke....

Payah kan...mungkin korang semua boleh...tp..cikma...sukar sikit...
Megapa...hanya Dia yg megetahui segalanya...

Kekadang benda ni semua macam remeh aje kan...
Maaf..maaf...maaf...pastu habis...esok buat balik...bosan ar...nak meghadap benda yg sama..huhu...


adakah hati ini sekeras batu..???????

Sebelum tidur....maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah....Allah lipat gandakan rezeki.....

Biarla masa dan waktu yg menentukan segalanya.... 

~Mood...bad mood~

"beRkUmpUL KiTe"

Tragedi ni berlaku raya ke-2 ari tu...
Hari raya pertama..anak mak ngah cikma...ckp nak mai umah sok ari...
so depa request nak makan mee kari...
bg tidak menghampakan diaorg...
nak tak nak...mahu tak mahu...cikma godek ar kat dapur...menghasilkan 
Mee Kari...sama mee soto...
bkn terrer pun...main bedal aje...janji tersedia...hahahhahahaa...

Kebetulan ari tu...ari raya ke-2...pasar dah bukak...mujur la...sikit sebanyak dpt kat cari bahan...semua pasar raya kat kemaman yg bukak..cikma terjah...hahahah...
bkn senang nak dptkan bahan...huhuhu..
alhamdullilah semua dpt...rezeki kan...

 Mereka yg bertandang...sebahagian ni....huhuhu...

 Wajib ado...cik ieda kite kan...makan2 jgn tak makan...
hehehehehe...

 Menikmati kudapan ar plak...past siap makan mee kari sama mee soto...
my cousin..gan anak sepupu...

 Anak cucu cicit tok hitam...huhuhu...sebahagian aje ni...
kalau kumpul semua...mau runtuh ar rumah...hahhahaa...

 Kenyang makan berdiskusi ar plak....hahahhaa...
ape topik korang ek...

sebagian aje hidangan...tak sempat nak snap...huhuhu...
look..mee dah licin sebekas...huhuhu...

miss emma yg duk mencedok kuah mee kari...
nyempat lg bg pose yg sweet ni...hehhehe..

Sebahagian aje yg mai ni...kalau hitung2...ramai lg ni...nanti cikma kira2...hahahah...
Harap2 thn depan leh berkumpul lg...best bile dpt berkumpul cam ni...
banyak cite leh dengar...leh kongsi...
paper masa yg menentukan segalanya...huhhuhhuhu....
jumpe lg korang next time...love u alll....

~Dah start bace novel balik...hahahhaah..~

"rEzEki RaMADhan"

Alhamdullilah rezeki bln pose thn ni dtg lg...walaupun tak banyak..tp syukur...ad ar jugak...
dengan bakat yg allah s.w.t bg ni...boleh ar dipergunakan dgn sebaik nye...nikmat allah tiada tandingan nye...
syukur sesangat...
semua org ad kelebih dan kepandai memacam..
mcm teman..dr minat..teman cuba dan belajar...alhamdullilah membuahkan hasil...
takda ape yg istimewa pun..tp boleh ar...
sepanjang bln ramadhan yg lalu...teman amik upah jahit manik..kat baju..
tak lerr banyak sangat...tp hasilnye alhamdullilah...boleh belanje sakan ar raya...leh bg kat sikit2 kat mereka...hehhehe...
kalau ad yg berkenan tu leh ar tempah...harga boleh dirunding...hehhehe...

 Baju cik ieda..my cousin...
baju kosong...bunga 3D 6 kelopak dan 5 kelopak..
so simple...jahit last minute...bg awal...tp jahit lambat...
sorry ye...hope berpuas hati...hehhehhehe...
tp caya ar 2.34 pg mari amik...beberapa jam agi nak raya..hahahah

 Bunga Daisy 5 kelopak 3D lg..
hak milik staf hospital..
setiap lengan 9 kuntum...
lengan baju ni besar...kena buat banyak ar...huhhu...
suke idak...suke dak...hehehhehe...

 Busana Kurung 3 beradik...amik tang bunga aje...
semua sama corak..
just yg adik buat sampai ke leher...bunga baby daisy aje...
hak milik anak staf opis...
suke idak puan zaiton...tak tido mlm weiii...
bg last minute sangat...ni aje ar hasilnye...heheee...

 Hak milik ibu kepada kawan...
Bunga baby daisy...12 kuntum setiap lengan...
simple permintaan tuannye...nak bunga sahaja..
amacam boleh ke...hehehhe..

 Jahitan manik so simple...jelulur aje..menggunakan manik jepun
sepenuhnya...12 layer...
hak milk makcik sy...
santeeekkk kan...heheheh..

 Fist time buat crumble ni...
sumpah tak pernah belajar dan buat..
tgk dlm internet aje...
alhamdullilah menjadi...
auntie mim punye...
harap auntie suke yerrr...nanti tempah lagi...
 Rinbbow crumble...pertama kali mencuba
mujur jadi...
mix pearl pun sendiri...pakai yg ad lam simpanan..
alhamdulliah...hasilnye memberangsangkan...
tak sia2 tgk kat lam internet...
to najiha...amcam ko puas hati idak...hahhaha

 3D design....tak pernah buat...customer bg contoh...
tiru aje...jadi gak...thank...
belajar benda yg baru...
Zura fisioterapi hospital kemaman punye...
 Bunga kekwa yg simple...sutera yg lembut..cantik...payah nak jahit...hhuhu...
permintaan suh buat bunga aje..dekat lengan dan badan...
alhamdullilah...jadi gak...
hak cikgu gak...mak kawan punye...

 Crumble pintal...sarat...sutera cina...
hak milik makcik sy...
bg dah lama..jahitan yg pertama disiapkan...hehehhe..
amik masa 2 jam aje...hehehhe..
rushing giler jahit ni...coz dia nak cepat...hehehhe...

 Crumble simple kat sutera..
warna yg bling2...huhhuhu...
hope mak sepupu sy suke...dan berpuas hati...hehheheh..
 Mummy Daisy...kat cortton...yg simple tp sarat kat lengan sahaja...
hal milik teman sekolah dulu2...
hope berpuas hati...

 Design 3D berbunga besar...yg pertama....
gabungan ngan crumble...
hak milik puan zura....
suke dak...coz berjaya....mengikut ape yg diminta...
pertama kali...buat...

 design 3D yg sama...
hak milik puan zura...
baju sutera cating...
hope berpuas hati...

 Design 3D...berbunga kecil
pemilik puan zira...
hope suke...

so korang ada tak mana yg berkenan...kalau ada...leh ar tempah...teman sentiasa amik tempahan sepanjang tahun...harga boleh dirunding...hehehhehe...ikut bajet hokey...hehehhehehe...

~Rindu~Sayang~Kamu~

~aAHhhhhh~



"TerKAdang, PerpISahAN...
AdAlah UnTuk KEBAHAGIAn...
KErNA MuNgKin KAmU
AkAn 
MeRAsa LebIh DISakITi
JikA
TiDak BerpiSah
SaAT Ini..."

~Koeje sudah...tak cuti pun....~

"Salam SYawaL"

Mana Aje org duk menepek entry raya aje...tak aci...nak jugak...nak jugak...hehehhe....
walaupun mood raya suam2 kuku aje...takpe...janji raya ada...huhhuhhuhu...


Dikesempatan  yg ada ni cikma nak ucapkan selamat hari raya...maaf zahir dan batin...andai ada terkasar bahasa..tersalah bicara yg terguris perasaan...harap dimaafkan...
kepada kaum keluarga sahabat handai..yg berada jauh dan dekat...sila2 ar dtg umah...heheheh...makan kueh tunjuk...huhuhu....
Cikma sayang kamu....

~Rindu~

"raYa Owh RaYa"

Raya dah mai...persiapan korang mcm mana...ok ke ko...
teman suam2 kuku aje...nape ek...hanya dia yg tahu...sob...sob...sob...
Sekadar meraikan hari kemenangan ini teman biasa2 aje...
Nak ckp takda...tipu...tp boleh ar..tak mcm org lain...huhuhuhu...

Raya...owh....Raya...

JOM CHEK...Hehehehehe..

 Kueh Raya ngan kerepek Raya on...Kerepek...adik bawak blk dr johor...
Kueh raya borong kat lepar...hehehhe..sodap...

 Duit Raya on...tukar sesiap....dr ery...
Bagi lom tentu...huhuhu...
Bijak idak...kih...kih...kih...

 Tudung Raya...pakai aje mana yg ada...
lg pun banyak...tak pakai pun ada...hokey kan jimat belanje...
dari yg semurah2 nye..hingga yg plus2 pun ada....hahahhaa...

 Baju Raya...ater nye...teman pakai aje mana yg ada...
semua lg ok...beli tak pakai pun ada dua tiga pasang lg...
yg jahit manik sebelah aje pun ada...pakai aje...kalau org tanya...ckp fesyen...hahahah...
so pakai aje...jimat sikit...heheheh...

 Beg Tangan tak beli...pakai aje mana yg ada...yg ni pun hokey...besar..
leh collet duit raye bebanyak...hahahaa....
ada org nak bagi ke...??????

Kasut Raya...pakai yg nak g keje aje...banyak..tapak pun tak haus lg..cantik..dan kelihatan cam baru aje...hahahahhaha
keje duk lam pejabat aje..bkn pakai kasut punnn..
pakai kejap g keje aje...
so kemungkinan nak rosak...20 % aje...hahhaha...
so $$$$ lg....

So korang...tentu semua yg baru kan...teman so simple...coz teman ni jenis membeli...baju...kasut beg tudung semua...beli aje bile mata dah berkenan...ada duit ke idak tolak tepi...hahahahha...
hope korang pandai2 ar..ikut kemampuan...huhhuhu..

~Mood Raya...betul2 hilang...sob...sob...sob...~