BerSerah...itu Pasrah...

Touching....tul ke...tp ada ar sesikit...paper pun aku pasrah...aku redha...kerna aku percaya...apa yg berlaku tu tentu ad hikmahnya...

Aku dah sedia...tp jujur aku cakap tak sampai pun 100%...70% baru...lagi 30% tu...aku tak pasti...kat mana aku letak...insyallah...aku kuatkan semangat...

korang ingat tak lg..aku pernah cite sal penyakit yg aku hadapi skang...kalau korang penah follow ar...hehehehe...takpe...is ok...

Cam biasa ar...aku kena follow up doktor selalu...so last jupe hari tu...doktor dah deside suh aku buat LAPAROSCOPY...uyaiiii...gerun aku...nak pun aku tak ya kan...tak nak pun aku tak ya kan...hahhahhha..bagus idak aku....

Tapi setelah discussion...doktor suh aku buat gak...coz kedudukan benda alah tu...tak sure..antara cyst or fibroid...so now...aku tensionnnnnn....huhuhuhuhu...lagi pun skang dah membesar...8 cm x 6 cm...coba korang bayangkan...g amik pembaris nun...cecepat...huhuhu..semangat...hahhahaha...

So aku godek2 ar kat google...dunia tanpa sempadan tuk megetahui...apa itu LAPAROSCOPY...huhuhu...dan ni ar aku jupe...

Meh kite sesama2 paham....

Jom....merentasi pengetahuan....



LAPAROCOPY

Pembedahan yang selalu digelar “teropong”ini dilakukan dengan membuat belahan kecil (0.5 cm) di abdomen. Tiga belahan atau “incision” dibuat dan pembedahan utama (major) boleh dilaksanakan melalui lubang ini. Belahan pertama dilakukan di pusat. Teropong atau laparoscope dimasukkan ke dalam abdomen dan kamera video diletakkan pada penghujung luar teropong ini. Gambaran dalam abdomen dilihat pada television dalam dewan pembedahan dan segala organ dapat dilihat dengan jelas kerana diperbesarkan
(magnified).
Laparoscope atau “Teropong”


Selepas laparoscope dimasukki melalui pusat, dua atau tiga belahan kecil lagi dibuat dibahagian bawah abdomen. Segala peralatan pembedahan dan jahitan akan dibuat melalui lubang yang dibentuk di abdomen ini. Pembedahan teropong ini membenarkan pembedahan yang sungguh jitu yang tidak dapat ditandingi oleh pembedahan biasa. Kejituan pembedahan jenis ini lebih ketara semasa pembedahan untuk senggugut, ketumbuhan, cyst dan kanser.Sebagai perbandingan, laparotomy atau pembedahan biasa mengakibatkan belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang besar ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa. Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang.

Kelebihan pembedahan laparoscopy berbanding dengan laparotomy jelas dilihat.
Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan. 



PERSIAPAN SEBELUM PEMBEDAHAN
  •  Anda dikehendaki masuk ke wad sehari sebelum pembedahan untuk penelitian pra pembedahan dan perjumpaan dengn pakar bius.
  •  Pemakanan sebelum pembedahan
      > Untuk satu hari sebelum pembedahan, anda hanya disyorkan memakan makanan ringan saja,misalnya, sup dan sedikit roti. Susu,nasi dan lauk perlu dielakkan kerana menyebabkan usus kembung dan akan merumitkan pembedahan.
     > Anda perlu berpuasa pada malam sebelum pembedahan. Walaupun demikian, pada pagi pembedahan, anda dibenarkan mengambil sedikit air kosong atau Teh ‘O’ 2-3 jam pembedahan.
  •  Anda akan diberi ubat untuk dimakan pada hari sebelum pembedahan untuk melawaskan buang air besar. Ini mungkin menyebabkan anda cirit
  •  Pada pagi hari pembedahan dilakukan, anda perlu memasukki dua biji ubat ke dalam faraj. Ini adalah untuk membuka pintu rahim untukmenyenangkan penelitian.
  •  Anda mungkin dibenarkan balik pada hari sebelum pembedahan (selepas pukul 5 petang) tetapi anda perlu ada di wad pada keesokan hari sebelum pukul 0730 pagi.

Semoga korang dpt maklumat..ape yg aku dapat ni...betul aku tak tipu...aku sememang...tak terpikir nak buat...tp demi kehidupan akan datang...aku redha...aku pasrah...mungkin ini...hukuman dikesilapan masa silam aku....

Yaallah...engkau permudahkan lah urusan aku...semoga semuanya berjalan lancar...insyallah jika tiada masalah dan rintangan...aku akan buat ni...selepas raya nanti...semoga pembedahan ini pengakhiran semua masalah penyakit aku...sesungguhnya kita telah berusaha...hanya DIA yg menentukan segalanya...sudah tertulis buat aku...aku redha....

Teringgin bebenor nak g Pameran Buku kat PWTC...tp apa kan daya...jodoh tiada...huhuhuhuhu...